Tampilkan postingan dengan label penyakit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label penyakit. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Juni 2013

Q: Saya mengalami penyakit gastrik refluks. Bagaimana saya perlu mengawal diet saya?

type='html'>
Q: Saya mengalami penyakit gastrik refluks. Bagaimana saya perlu mengawal diet saya?

Penyakit gastrik refluks berlaku apabila asid gastrik mengalir dari perut ke dalam esofagus dan menyebabkan pedih hulu hati. Gejala biasa termasuk refluks cecair atau makanan, rasa masam di dalam mulut, sukar menelan makanan, sakit tekak, loya dan muntah.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda melegakan gejala. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh merangsangkan refluks iaitu makanan pedas atau goreng, kopi, tomato, oren, coklat dan alkohol; makan dengan perlahan-lahan, dalam hidangan kecil tetapi kerap ; elakkan berbaring 2 hingga 3 jam selepas makan; bersenam untuk mengurangkan berat badan dan memakai pakaian yang longgar.

Selain itu, beberapa supplemen nutrisi adalah bermanfaat kepada mereka yang mempunyai penyakit gastrik refluks. Aloe Vera Gelmengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan Kompleks Antrakuinon yang membantu dalam mengurangkan keradangan esofagus. Forever Bee Honey,bertindak sebagai makanan beralkali untuk membantu melegakan masalah gastrik. Forever Fields of Greens mengandungi rumput barli muda, rumput gandum, alfalfa dan lada cayenne yang kaya dengan mineral beralkali, boleh membantu mengurangkan perembesan asid perut. Forever Nature Min membekalkan 11 jenis mineral dalam gabungan yang seimbang untuk penyerapan maksimum; mineral-mineral ini boleh meneutralkan asid gastrik.






View the Original article

Q: Apakah simptom penyakit tuberkulosis?

type='html'>
Q: Apakah simptom penyakit tuberkulosis?

Tuberkulosis atau batuk kering (TB) adalah penyakit bawaan udara yang disebabkan oleh bakteria, M.tuberculosis. Bakteria ini disebarkan melalui udara dan biasanya menyerang paru-paru. Ia boleh disebarkan apabila seseorang dengan penyakit TB aktif pulmonari batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau ketawa. Hanya orang dengan jangkitan aktif pulmonari boleh menjangkitkan penyakitnya.
Simptom penyakit TB berbeza dan termasuklah demam, keletihan melampau, hilang berat badan, berpeluh malam dan batuk berdarah. Batuk yang berpanjangan lebih daripada 2 minggu atau lebih boleh menjadi satu-satunya simptom TB. Jika penyakit TB tidak dirawat, ia boleh membawa maut. TB selalunya berjaya dirawat dengan antibiotik spesifik sekurang-kurangnya 6 bulan.
Berikut adalah suplemen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Aloe Vera Gel adalah baik untuk sistem pencernaan, dan mengandungi Acemanan yang membantu merangsang penghasilan makrofaj (sel darah putih yang memusnahkan bakteria, virus dan sebagainya). (Dua pertiga sel imun badan berada dalam usus, justeru itu adalah penting untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan). Forever Bee Propolis adalah kaya dengan bioflavonoid yang membantu mengurangkan keradangan dan jangkitan dengan meningkatkan pertahanan semulajadi bahan. Forever Pomesteen Power adalah diperbuat dengan buah-buahan berantioksidan tinggi boleh membantu melindungi sel paru-paru.







View the Original article

Q: Apakah penyakit yang berkaitan dengan diet rendah serat?

type='html'>
Q: Apakah penyakit yang berkaitan dengan diet rendah serat?

Terdapat beberapa penyakit atau masalah kesihatan yang mempunyai kaitan langsung dengan diet yang tidak sihat terutamanya diet rendah serat (pengambilan rendah dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin). Penyakit tersebut termasuklah kencing manis, berat badan bertambah dan kegemukan, penyakit jantung dan penyakit sistem pencernaan seperti sindrom usus terengsa (IBS), kanser kolon dan buasir.

Elakkan makanan diproses dan diawet. Pilihlah bran oat, mil oat, barli, bijirin gandum atau alternatif makanan tinggi serat. Pilihlah beras perang dan bukannya beras putih, epal dan bukannya jus epal, ubi kentang bakar (dengan kulit) dan bukannya ubi kentang lecek. Tambah kacang, kacang pea dan lentil ke dalam diet anda.

Selain itu, tambah nutrisi suplemen yang kaya dengan serat. Aloe Vera Gel yang kaya dengan makro dan mikro-nutrien adalah juga kaya dengan serat larut dan tidak larut air yang membantu dalam mengawalatur tahap glukosa darah dan kolesterol serta menggalakkan pergerakan usus besar secara tetap dan sihat. Fields of Greens, satu ‘makanan hijau’ yang baik membekalkan antioksidan dan klorofil yang diperlukan oleh badan. Ini adalah penting bagi mereka yang mengambil diet rendah serat yang disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk dan ia membantu untuk menggalakkan pH badan yang sihat.






View the Original article