Tampilkan postingan dengan label Bagaimana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Bagaimana. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Juni 2013

Q: Saya mengalami penyakit gastrik refluks. Bagaimana saya perlu mengawal diet saya?

type='html'>
Q: Saya mengalami penyakit gastrik refluks. Bagaimana saya perlu mengawal diet saya?

Penyakit gastrik refluks berlaku apabila asid gastrik mengalir dari perut ke dalam esofagus dan menyebabkan pedih hulu hati. Gejala biasa termasuk refluks cecair atau makanan, rasa masam di dalam mulut, sukar menelan makanan, sakit tekak, loya dan muntah.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda melegakan gejala. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh merangsangkan refluks iaitu makanan pedas atau goreng, kopi, tomato, oren, coklat dan alkohol; makan dengan perlahan-lahan, dalam hidangan kecil tetapi kerap ; elakkan berbaring 2 hingga 3 jam selepas makan; bersenam untuk mengurangkan berat badan dan memakai pakaian yang longgar.

Selain itu, beberapa supplemen nutrisi adalah bermanfaat kepada mereka yang mempunyai penyakit gastrik refluks. Aloe Vera Gelmengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan Kompleks Antrakuinon yang membantu dalam mengurangkan keradangan esofagus. Forever Bee Honey,bertindak sebagai makanan beralkali untuk membantu melegakan masalah gastrik. Forever Fields of Greens mengandungi rumput barli muda, rumput gandum, alfalfa dan lada cayenne yang kaya dengan mineral beralkali, boleh membantu mengurangkan perembesan asid perut. Forever Nature Min membekalkan 11 jenis mineral dalam gabungan yang seimbang untuk penyerapan maksimum; mineral-mineral ini boleh meneutralkan asid gastrik.






View the Original article

Q: Anak saya dijangkiti dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Bagaimana saya harus menjaganya?

type='html'>
Q: Anak saya dijangkiti dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Bagaimana saya harus menjaganya?

 Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut adalah jangkitan virus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun. Ia boleh merebak kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan hidung, air liur, najis dan juga cecair daripada lepuh orang yang dijangkiti.

 
Tanda-tanda lazim bagi penyakit ini termasuk demam, kurang selera makan, sakit kepala, muntah-muntah, cirit-birit, sakit tekak, ulser di tekak, mulut dan lidah, ruam kulit dan lepuh di tangan, kaki dan bahagian kemaluan.

Adalah penting untuk menggalakkan anak anda minum banyak air dan rehat banyak di rumah. Makan makanan yang lembut seperti bubur, puri sayur-sayuran dan buah-buahan, boleh membantu meningkatkan selera makan. Anda perlu memastikannya berehat di rumah dan tidak boleh pergi tempat-tempat awam untuk mencegah jangkitan penyakit ini kepada orang lain. Dia hanya boleh keluar rumah sehinggalah semua lepuh telah kering dan dia telah pulih sepenuhnya.  

Beberapa suplemen pemakanan boleh membantu untuk melegakan gejala. Aloe Bit’s N’ Peaches mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% adalah kaya dengan nutrien  dan ditambah dengan Ekstrak Pic; boleh membantu merangsang sistem imun dan mengurangkan keradangan. Forever Bee Propolisbertindak sebagai Antibiotik Semulajadi yang membantu untuk menghapuskan bakteria dan virus. Forever Garlic-Thyme mempunyai keupayaan menghapus virus dan juga membantu meningkatkan sistem imun. Forever Kids adalah suplemen multivitamin dan mineral, tanpa gula tambahan, pewarna tiruan dan bahan pengawet, dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan kanak-kanak. 






View the Original article

Q: Bagaimana sinaran UVA menyebabkan kedut? Apakah perbezaan antara sinaran UVA dan UVB?

type='html'>
Q: Bagaimana sinaran UVA menyebabkan kedut? Apakah perbezaan antara sinaran UVA dan UVB?


Sinaran matahari yang bergelombang panjang, Ultraungu A (UVA) boleh menembusi lapisan yang lebih dalam iaitu dermis, merosakkan kolagen dan elastin dalam dermis serta menyebabkan penuaan kulit pra-matang dengan kemunculan kedut, kulit kelihatan malap dan kurang anjal.

Sinaran matahari yang bergelombang pendek, Ultraungu B (UVB) juga menyebabkan beberapa masalah kepada kulit. Ia meresap ke dalam lapisan atas epidermis dan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan kerosakan kulit. Kanser kulit juga berkaitan dengan pendedahan jangka panjang kepada UVB.

Kita mestilah melindungi kulit daripada kesan yang berbahaya dari sinaran matahari. Aloe Sunscreen melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, ia mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% untuk melegakan dan melembapkan kulit. Ia adalah rintang air, sesuai digunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit dan juga bagi mereka yang menikmati aktiviti luar. Aloe Sunscreen Spray juga memberikan perlindungan bagi sinaran UVA dan UVB. Formula semburan ini adalah mudah digunakan dan sangat rintang air, sesuai untuk mereka yang menikmati gaya hidup aktif dan suka akan aktiviti air.






View the Original article