Tampilkan postingan dengan label Apakah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Apakah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Juni 2013

Apakah yang menyebabkan hati berlemak? Apakah gejala-gejalanya?

type='html'>
 Apakah yang menyebabkan hati berlemak? Apakah gejala-gejalanya?


Hati berlemak atau ‘steatosis’ adalah penyakit hati yang disebabkan oleh pengumpulan lemak yang menggantikan tisu hati yang sihat. Dalam kes yang serius, hati berlemak mungkin menyebabkan pengerasan hati yang tidak berbalik. Hati berlemak disebabkan oleh obesiti, diet tinggi lemak, kurang bersenam, pengambilan alkohol berlebihan dan penyakit kencing manis serta kolesterol tinggi.

Biasanya, penyakit hati berlemak tidak menunjukkan sebarang simptom. Simptom yang paling umum ialah sakit abdomen yang ringan. Akan tetapi, keradangan hati mungkin menyebabkan keletihan, jaundis (penyakit kuning di mata dan kulit) serta demam yang berterusan.

Untuk penyakit hati berlemak, produk berikut boleh membantu. Aloe Vera Gel dikenali sebagai agen detok semulajadi. Ia boleh membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat yang seterusnya menggalakkan hati untuk berfungsi secara normal. Forever Bee Propolis mempunyai ciri-ciri anti keradangan semulajadi yang boleh membantu hati berlemak. Forever Lycium Plus mengandungi dua herba China, lycium dan likoris, yang digunakan selama beribu-ribu tahun untuk membantu mengekalkan hati yang sihat.







View the Original article

Q: Apakah simptom penyakit tuberkulosis?

type='html'>
Q: Apakah simptom penyakit tuberkulosis?

Tuberkulosis atau batuk kering (TB) adalah penyakit bawaan udara yang disebabkan oleh bakteria, M.tuberculosis. Bakteria ini disebarkan melalui udara dan biasanya menyerang paru-paru. Ia boleh disebarkan apabila seseorang dengan penyakit TB aktif pulmonari batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau ketawa. Hanya orang dengan jangkitan aktif pulmonari boleh menjangkitkan penyakitnya.
Simptom penyakit TB berbeza dan termasuklah demam, keletihan melampau, hilang berat badan, berpeluh malam dan batuk berdarah. Batuk yang berpanjangan lebih daripada 2 minggu atau lebih boleh menjadi satu-satunya simptom TB. Jika penyakit TB tidak dirawat, ia boleh membawa maut. TB selalunya berjaya dirawat dengan antibiotik spesifik sekurang-kurangnya 6 bulan.
Berikut adalah suplemen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Aloe Vera Gel adalah baik untuk sistem pencernaan, dan mengandungi Acemanan yang membantu merangsang penghasilan makrofaj (sel darah putih yang memusnahkan bakteria, virus dan sebagainya). (Dua pertiga sel imun badan berada dalam usus, justeru itu adalah penting untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan). Forever Bee Propolis adalah kaya dengan bioflavonoid yang membantu mengurangkan keradangan dan jangkitan dengan meningkatkan pertahanan semulajadi bahan. Forever Pomesteen Power adalah diperbuat dengan buah-buahan berantioksidan tinggi boleh membantu melindungi sel paru-paru.







View the Original article

Q: Bagaimana sinaran UVA menyebabkan kedut? Apakah perbezaan antara sinaran UVA dan UVB?

type='html'>
Q: Bagaimana sinaran UVA menyebabkan kedut? Apakah perbezaan antara sinaran UVA dan UVB?


Sinaran matahari yang bergelombang panjang, Ultraungu A (UVA) boleh menembusi lapisan yang lebih dalam iaitu dermis, merosakkan kolagen dan elastin dalam dermis serta menyebabkan penuaan kulit pra-matang dengan kemunculan kedut, kulit kelihatan malap dan kurang anjal.

Sinaran matahari yang bergelombang pendek, Ultraungu B (UVB) juga menyebabkan beberapa masalah kepada kulit. Ia meresap ke dalam lapisan atas epidermis dan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan kerosakan kulit. Kanser kulit juga berkaitan dengan pendedahan jangka panjang kepada UVB.

Kita mestilah melindungi kulit daripada kesan yang berbahaya dari sinaran matahari. Aloe Sunscreen melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, ia mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% untuk melegakan dan melembapkan kulit. Ia adalah rintang air, sesuai digunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit dan juga bagi mereka yang menikmati aktiviti luar. Aloe Sunscreen Spray juga memberikan perlindungan bagi sinaran UVA dan UVB. Formula semburan ini adalah mudah digunakan dan sangat rintang air, sesuai untuk mereka yang menikmati gaya hidup aktif dan suka akan aktiviti air.






View the Original article