Tampilkan postingan dengan label Adakah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Adakah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Juni 2013

Adakah anda sering berasa letih dan lemah?

type='html'>
Jika anda sering berasa letih atau penat, anda mungkin menghidapi anemia. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana sesetengah orang yang menghidapi anemia tidak mempunyai simptom sehingga ia menjadi serius.

Apakah itu anemia?
Anemia terjadi apabila badan anda tidak mempunyai sel darah merah yang sihat yang mencukupi. Komponen pembawa oksigen iaitu hemoglobin adalah sebahagian daripada sel darah merah.Hemoglobin rah membawa oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh yang lain. Jika anda menghidapi anemia, badan anda tidak menerima oksigen yang mencukupi untuk tisu-tisu penting badan anda. Akibatnya, anda mungkin mempunyai pelbagai simptom seperti keletihan, lemah badan, pening kepala, dan kelesuan.







Apakah yang menyebabkan anemia?
Terdapat pelbagai sebab;
  • ·      Penyakit kronik ginjal
  • ·      Kehilangan darah seperti haid yang banyak atau ulser perut
  • ·      Masalah kekurangan nutrien seperti kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • ·      Penyakit keturunan darah seperti anemia sel sabit dan thalasemia.
  • ·      Diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12

Apakah simptom umum anemia?
  • ·      Keletihan
  • ·      Lemah badan
  • ·      Kulit pucat
  • ·      Kuku rapuh
  • ·      Sakit dada
  • ·      Pening kepala
  • ·      Kaki atau tangan terasa sejuk
  • ·      Susah bernafas
  • ·      Denyutan jantung cepat atau tidak teratur
  • ·      Hilang tumpuan


Diagnosis
Untuk mengetahui samada anda menghidapi anemia dan jenis anemia, lakukan ujian darah dan berbincang dengan doktor anda.

Pencegahan
Jika anda mempunyai anemia jenis kekurangan nutrien, amalkan diet tinggi zat besi, vitamin B12, dan asid folik. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging, telur, kekacang, lentil, dan sayuran berdaun hijau. Makanlah makanan kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan sitrus, yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi.
Selain itu, daging dan produk tenusu adalah sumber baik untuk vitamin B12 sementara buah-buahan, sayuran berdaun hijau dan kekacang membekalkan asid folik. Suplemen yang kaya dengan vitamin B12, asid folik dan zat besi boleh membantu juga.

Produk Forever yang boleh Membantu

Forever Bee Pollen

  • ·      Mengandungi spektrum lengkap 22 jenis asid amino dan vitamin B kompleks (termasuk vitamin B12 dan asid folik) yang berguna untuk pembentukan sel darah merah dan mengurangkan keletihan.
  • ·      Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan diperkayakan dengan jeli raja dan madu lebah.

Forever B12 Plus

  • ·      Kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan kekurangan asid folik dan sebaliknya. Ini kerana kedua-dua vitamin ini penting untuk pembentukan sel darah merah yang normal.
  • ·      Forever B12 Plus mengandungi vitamin B12 dan asid folik dalam formula pelepasan masa yang untuk membantu dalam proses metabolik termasuklah penghasilan sel darah merah

Forever Absorbent C

  • ·      Kombinasi istimewa vitamin C, bioflavonoid sitrus dan betik, dan terikat matrik dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.
  • ·      Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan menolong mengaktifkan asid folik, dua elemen penting yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

Forever Nature Min

  • ·      Membekalkan hampir kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia; sumbernya dari dasar laut semulajadi.
  • ·      Membekalkan 11 mineral penting termasuklah zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin.




View the Original article

Adakah Penglihatan Anda Kabur?

type='html'>

ADAKAH PENGLIHATAN ANDA KABUR?


Katarak adalah perkara biasa apabila umur meningkat – tetapi ini tidak bermakna anda hanya duduk dan menanti penglihatan anda merosot. Katarak boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Untuk kes paling buruk, katarak boleh mengakibatkan buta.


Apa itu katarak?

Katarak adalah bahagian keruh di bahagian kanta mata (kanta membantu untuk menumpukan cahaya atau imej pada retina).  Kanta normal adalah jernih yang membolehkan cahaya melaluinya ke bahagian belakang mata, supaya seseorang boleh melihat imej dengan jelas. Jika sebahagian kanta menjadi legap (keruh), cahaya tidak boleh melaluinya dengan mudah dan penglihatan menjadi kabur – seperti melihat pada air yang keruh atau tingkap berkabus.

Dalam kebanyakan kes, katarak adalah berkaitan dengan umur dan muncul pada peringkat akhir hidup. Katarak berkaitan dengan usia terjadi dalam dua cara;
  1. Apabila cahaya ultraungu melalui kanta mata, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkan protein dalam tisu. Ini menyebabkan protein berkumpul di bahagian kanta, menyebabkannya ia menjadi keruh.
  2. Pemecahan protein di kanta menyebabkan pengumpulan pigmen kuning-keperangan yang menyelubungi kanta.
Faktor risiko katarak berkaitan umur termasuklah;
-          Penuaan (Muncul pada umur 40, 50, 60 tahun ke atas)
-          Sejarah keluarga
-          Penyakit kencing manis untuk jangka masa lama
-          Pendedahan terhadap cahaya terang untuk masa yang lama
-          Keradangan mata
-          Penggunaan sesetengah ubat untuk jangka masa panjang (contoh statin dan steroid)
-          Merokok

Simptom

Biasanya seseorang tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah katarak cukup besar untuk mengganggu laluan cahaya melalui kanta. Lima simptom yang umum bagi katarak berkaitan usia adalah:
-          Penglihatan kabur
-          Penglihatan terjejas oleh bintik atau titik kecil
-          Penglihatan menjadi teruk apabila lampu malap
-          Membaca menjadi sukar dan akhirnya mustahil
-          Penglihatan berganda

Pencegahan katarak

-          Berhenti merokok
-          Lebihkah pengambilan antioksidan
-          Pakai cermin mata hitam untuk menghalang sinaran UV
-          Pastikan diabetes di bawah kawalan jika anda mempunyai penyakit diabetes
-          Bersenam selalu


Rawatan

Bagi pembedahan katarak, bahagian kanta mata yang keruh dikeluarkan dan diganti dengan implan kanta tiruan yang jernih yang dikenali sebagai kanta intraokular (IOL). Pembedahan katarak sering dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan pelindung pada mata anda.
Penglihatan anda adalah aset yang sangat berharga, dan senang terdedah kepada kesan-kesan penuaan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi mata anda. Ia tidak terlalu awal atau lambat untuk mula melindungi penglihatan anda.

Produk Forever yang boleh membantu

Aloe Bits’ N Peaches

  • Membekalkan kebaikan Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% dengan manfaat buah pic.
  • Buah pic mengandungi vitamin A, C, dan E yang diperlukan to mengaktifkan Glutathione (fragmen protein yang melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas) justeru memainkan peranan dalam pencegahan katarak.


Forever Pomesteen Power

  • Minuman berantioksidan yang diperbuat dari buah-buahan berantioksidan tinggi: Buah Delima, Manggis, Pir, Raspberi, Beri Hitam, Beri Biru dan Ekstrak Biji Anggur.
  • Mengandungi Antioksidan yang membantu melindungi mata dari bahaya sinaran ultraungu dengan mencegah atau melambatkan pemecahan protein di kanta.


Forever Arctic-Sea Omega-3

  • DHA ditemui dengan kepekatan tinggi di bahagian retina mata.
  • Membekalkan DHA yang bermanfaat untuk mata, justeru melambatkan perkembangan progresif katarak.



Forever Lycium Plus

  • Mengandungi Lycium, herba Cina yang kaya dengan 5 jenis karotenoid (Beta-karotena, Lutein, Lycopene, Cryptoxanthin, Zeaxanthin) yang membantu dalam menggalakkan penglihatan yang baik dan melambatkan perkembangan progresif katarak.




View the Original article

Adakah anda berisiko tinggi?

type='html'>
Apa itu kanser payudara?
Kanser payudara adalah kanser yang bermula di tisu payudara. Kanser payudara bermula di duktal susu atau kelenjar menghasilkan susu.

Adakah anda berisiko menghidapi kanser payudara?
Semua wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara, dan apabila usia anda semakin meningkat, risiko anda semakin tinggi. Di Malaysia, kanser payudara adalah kanser no. 1 di kalangan wanita, manakala di Singapura, 1 dalam 17 wanita mendapat kanser payudara.

Faktor risiko
  • Usia :  peluang mendapat kanser payudara meningkat apabila anda semakin tua
  • Sejarah keluarga : keluarga terdekat (ibu, kakak/adik, atau anak perempuan) yang menghidapi kanser payudara
  • Faktor keturunan – pembawa gen defektif BRCA1 dan BRCA2
  • Pernah menghidap kanser payu dara
  • Wanita yang tidak pernah mengandung / mendapat anak pertama selepas usia 30 tahun
  • Wanita yang mula haid awal sebelum usia 12 tahun
  • Wanita yang putus haid lewat selepas usia 55 tahun
  • Faktor gaya hidup – diet tinggi lemak, pengambilan alkohol, merokok, pengambilan minuman berkafein, tekanan hidup, dan jarang bersenam.

Simptom / Gejala-gejala
  •        Benjolan / ketulan yang tidak sakit di payudara
  •        Perubahan  saiz atau bentuk payudara
  •        Kerutan atau lekuk di payudara
  •        Puting payudara tertarik ke dalam
  •        Perdarahan atau lelehan luar biasa dari puting     
  •     Permukaan payudara, puting atau areola berkeruping, merah atau bengkak. Permukaan kulit  mungkin mempunyai garisan berlengkung (berkedut) yang kelihatan seperti kulit oren.


Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan mammografi payudara boleh membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal dan boleh dirawat. Rawatan kanser payudara termasuklah radiasi, lumpektomi (pembuangan benjolan dan tisu sekitarnya), mastektomi (pembuangan satu atau kedua-dua payudara, samada sebahagian atau sepenuhnya), kemoterapi dan terapi hormon.

Nutrisi Forever Untuk Kesihatan Payudara

Pomesteen Power
  • Campuran terbaik buah-buahan berantioksidan tinggi seperti buah delima, beri biru, beri hitam, manggis, pir, raspberi dan ektrak biji anggur.
  • Antioksidan boleh melindungi sel tisu payudara dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan kesan sampingan akibat rawatan.


Aloe Berry Nectar
  • Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% dan berpaten dengan ektrak kranberi yang membantu mengawalatur hormon tubuh.
  • Mengandungi fitonutrien yang bermanfaat untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas yang berbahaya.

Forever Lite Ultra with Aminotein
  • Membekalkan protein berkualiti tinggi dalam bentuk 18 jenis asid amino (termasuk 8 jenis asid amino perlu) yang senang dicernakan dan dihadamkan. 2 skup membekalkan 100% keperluan RDA seharian.
  • Makanan suplemen yang ideal bagi mereka yang sedang menjalani rawatan atau dalam tempoh pemulihan kerana ia dapat membantu pembaikpulihan sel badan dan mengalakkan penyembuhan dengan cepat.



View the Original article