ADAKAH PENGLIHATAN ANDA KABUR?
Katarak adalah perkara biasa apabila umur meningkat – tetapi ini tidak bermakna anda hanya duduk dan menanti penglihatan anda merosot. Katarak boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Untuk kes paling buruk, katarak boleh mengakibatkan buta.
Apa itu katarak?
Katarak adalah bahagian keruh di bahagian kanta mata (kanta membantu untuk menumpukan cahaya atau imej pada retina). Kanta normal adalah jernih yang membolehkan cahaya melaluinya ke bahagian belakang mata, supaya seseorang boleh melihat imej dengan jelas. Jika sebahagian kanta menjadi legap (keruh), cahaya tidak boleh melaluinya dengan mudah dan penglihatan menjadi kabur – seperti melihat pada air yang keruh atau tingkap berkabus.
Dalam kebanyakan kes, katarak adalah berkaitan dengan umur dan muncul pada peringkat akhir hidup. Katarak berkaitan dengan usia terjadi dalam dua cara;
- Apabila cahaya ultraungu melalui kanta mata, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkan protein dalam tisu. Ini menyebabkan protein berkumpul di bahagian kanta, menyebabkannya ia menjadi keruh.
- Pemecahan protein di kanta menyebabkan pengumpulan pigmen kuning-keperangan yang menyelubungi kanta.
Faktor risiko katarak berkaitan umur termasuklah;
- Penuaan (Muncul pada umur 40, 50, 60 tahun ke atas)
- Sejarah keluarga
- Penyakit kencing manis untuk jangka masa lama
- Pendedahan terhadap cahaya terang untuk masa yang lama
- Keradangan mata
- Penggunaan sesetengah ubat untuk jangka masa panjang (contoh statin dan steroid)
- Merokok
Simptom
Biasanya seseorang tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah katarak cukup besar untuk mengganggu laluan cahaya melalui kanta. Lima simptom yang umum bagi katarak berkaitan usia adalah:
- Penglihatan kabur
- Penglihatan terjejas oleh bintik atau titik kecil
- Penglihatan menjadi teruk apabila lampu malap
- Membaca menjadi sukar dan akhirnya mustahil
- Penglihatan berganda
Pencegahan katarak
- Berhenti merokok
- Lebihkah pengambilan antioksidan
- Pakai cermin mata hitam untuk menghalang sinaran UV
- Pastikan diabetes di bawah kawalan jika anda mempunyai penyakit diabetes
- Bersenam selalu
Rawatan
Bagi pembedahan katarak, bahagian kanta mata yang keruh dikeluarkan dan diganti dengan implan kanta tiruan yang jernih yang dikenali sebagai kanta intraokular (IOL). Pembedahan katarak sering dilakukan sebagai prosedur pesakit luar. Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan pelindung pada mata anda.
Penglihatan anda adalah aset yang sangat berharga, dan senang terdedah kepada kesan-kesan penuaan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi mata anda. Ia tidak terlalu awal atau lambat untuk mula melindungi penglihatan anda.
Produk Forever yang boleh membantu
Aloe Bits’ N Peaches
- Membekalkan kebaikan Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% dengan manfaat buah pic.
- Buah pic mengandungi vitamin A, C, dan E yang diperlukan to mengaktifkan Glutathione (fragmen protein yang melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas) justeru memainkan peranan dalam pencegahan katarak.
Forever Pomesteen Power
- Minuman berantioksidan yang diperbuat dari buah-buahan berantioksidan tinggi: Buah Delima, Manggis, Pir, Raspberi, Beri Hitam, Beri Biru dan Ekstrak Biji Anggur.
- Mengandungi Antioksidan yang membantu melindungi mata dari bahaya sinaran ultraungu dengan mencegah atau melambatkan pemecahan protein di kanta.
Forever Arctic-Sea Omega-3
- DHA ditemui dengan kepekatan tinggi di bahagian retina mata.
- Membekalkan DHA yang bermanfaat untuk mata, justeru melambatkan perkembangan progresif katarak.
Forever Lycium Plus
- Mengandungi Lycium, herba Cina yang kaya dengan 5 jenis karotenoid (Beta-karotena, Lutein, Lycopene, Cryptoxanthin, Zeaxanthin) yang membantu dalam menggalakkan penglihatan yang baik dan melambatkan perkembangan progresif katarak.
View the Original article





Tidak ada komentar:
Posting Komentar