Sabtu, 01 Juni 2013

Putus Haid

type='html'>
Putus haid bermakna  kitaran ovulasi dan haid telah berhenti. Ia adalah peristiwa semula jadi bagi wanita yang biasanya berusia 48 tahun hingga 55 tahun. Apabila seseorang wanita menghampiri umur putus haid, paras hormon estrogen dan progesteron mula menurun secara beransur-ansur sehingga kitaran ovulasi akhirnya berhenti.

Gejala-gejala

Gejala-gejala biasanya bermula 1 hingga 2 tahun sebelum putus haid berlaku akibat ketidakstabilan paras hormon dalam badan. Tanda-tanda lazim bagi perimenopause adalah:

·      Hot flashes : disebabkan oleh pengembangan saluran darah berhampiran permukaan kulit pada muka, leher dan anggota badan.
·      Haid yang tidak tetap: tempoh haid menjadi lebih pendek, lebih panjang, lebih ringan atau lebih banyak.
·      Perubahan psikologi: perubahan emosi, kemurungan, kebimbangan, cepat marah, kehilangan penumpuan dan sebagainya.
·      Peluh malam:  berkaitan dengan hot flashes. Jika serius boleh menganggu kualiti tidur.

Risiko

Oleh kerana tahap estrogen yang lebih rendah, risiko masalah kesihatan berikut mungkin
 meningkat:

·      Dinding saluran kencing menjadi nipis dan otot yang mengawal pundi kencing menjadi lemah. Akibatnya risiko jangkitan saluran kencing meningkat, biasanya diiringi oleh  keradangan dan kesakitan.
·      Risiko osteoporosis meningkat.
·      Peningkatan tahap LDL kolesterol dan risiko penyakit kardiovaskular.

Bagaimanakah Her Pack boleh membantu ?

Her Pack terdiri daripada 4 produk:

1.     Aloe Berry Nectar - Mengandungi kranberi iaitu remedi semulajadi untuk jangkitan
saluran kencing dan juga membantu mengimbangi perubahan hormon.
2.     Forever Royal Jelly - Mengandungi fitohormone yang membantu dalam mengimbangi perubahan hormon sepanjang tempoh putus haid.
3.     Forever Absorbent-C - Vitamin C adalah komponen penting bagi penghasilan kolagen,  membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat.
4.     Forever Arctic-Sea - Mengandungi EPA yang dapat membantu mengurangkan paras    
kolesterol dan trigliserida serta  melindungi sistem kardiovaskular.






Bagaimanakah  Forever Lite Ultra with Aminotein boleh membantu ?


·      Mengandungi Iso-flavon, yang didapati dalam kacang soya. Kompaun ini amat baik dalam mengurangkan ketidakselesaan semasa putus haid.
·      Diperkaya dengan mineral iaitu Kalsium, Magnesium dan Fosforus yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tulang yang kuat.
·      Kaya dengan Protein, sesuatu elemen penting untuk membaikpulih sel serta untuk mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.




View the Original article

Tidak ada komentar:

Posting Komentar