Hampir setiap orang pernah mengalami sakit kepala - anda mungkin berasa denyutan di depan kepala anda ketika mengalami selsema atau flu, atau pun selepas sehari yang sibuk, anda mungkin berasa sakit di pelipis anda atau di belakang kepala anda akibat tekanan. Kebanyakan sakit kepala menyebabkan kesakitan di depan, di atas dan di tepi kepala anda, yang seakan-akan seperti terdapatnya gelang getah yang telah ditegang di kelilingi kepala anda.
Tetapi, sakit migrain adalah berlainan.
Apakah itu migrain?
Migrain ialah sejenis sakit kepala dengan kesakitan yang berdenyut-denyut , biasanya di sebelah kepala sahaja (kiri sahaja ataupun kanan sahaja). Ini biasanya diiringi rasa loya atau muntah dan kesensitifan yang lebih tinggi terhadap cahaya dan bunyi.
Sesetengah orang mengalami aura beberapa minit sebelum sakit migrain. Antaranya adalah ternampak cahaya yang berdenyar-denyar, mengalami kekebasan atau rasa menggelenyar di bahagian muka, deria bau yang terganggu, atau mengalami kesukaran untuk bercakap.
Jika anda mengalami sakit migrain, anda bukanlah keseorangan. Mengikut Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), kaum wanita adalah lebih kerap mengalami sakit migrain berbanding kaum lelaki dengan kelaziman sebanyak 25% untuk kaum wanita dan 8% untuk kaum lelaki.
Sebab
Sebab sebenar sakit migrain masih tidak diketahui. Keputusan penyelidikan terkini mencadangkan bahawa keradangan pada saluran darah di bahagian otak yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menekan pada saraf berdekatan, dengan demikian menyebabkan kesakitan. Keradangan tersebut mungkin disebabkan oleh stimulasi pada saraf trigeminal (saraf sensori utama di muka).
Kebanyakan pesakit-pesakit migrain dapat mengenal pasti pencetus-pencetus yang menyebabkan atau memburukkan sakit migrain mereka. Kekerapan dan keterukan sakit migrain dapat dikurangkan dengan mengelakkan pencetus-pencetus yang dikenalpastikan itu.
Apakah yang mencetuskan sakit migrain?
- · Tekanan dan kegelisahan.
- · Kafein dan alkohol.
- · Kekurangan tidur atau tidur terlalu lama.
- · Perubahan hormon ketika peredaran haid (Sesetengah kaum wanita mengalami sakit migrain sebelum haid bermula, yang mungkin disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah ketika haid)
- · Makanan yang mengandungi nitrat (misalannya daging ‘luncheon’, ‘hot dogs’), tiramin (keju, ikan salai, wain merah), MSG atau aspartam.
- · Keadaan persekitaran seperti cahaya yang terang, bunyi yang terlalu bising atau bau yang kuat.
Ikuti tips berikut apabila anda mengalami sakit migrain:
Berehat di bilik yang gelap dan sunyi.
Tidur dengan secukupnya tetapi jangan keterlaluan.
Produk Forever Yang Boleh Membantu
Aloe Berry Nectar
- Ekstrak kranberi boleh membantu mengawalatur perubahan hormon.
- Aloe Vera mengandungi kompleks antrakuinon yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang dapat membantu mengurangkan kesakitan semasa sakit migrain.
Forever Arctic-Sea
- Kaya dengan Omega 3 (daripada ikan lautan sejuk) dan Omega 9 (daripada minyak zaitun) yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.
Forever Royal Jelly
- Kaya dengan vitamin B kompleks, asetilkolina dan inositol yang boleh membantu mengawalatur sistem saraf, dengan demikian mengurangkan kegelisahan dan tekanan.
- Mengandungi fitohormon yang boleh membantu mengawalatur dan menyeimbangkan hormon.
View the Original article




Tidak ada komentar:
Posting Komentar