Sabtu, 01 Juni 2013

Insomnia

type='html'>
Tidur bukan sahaja membolehkan badan kita berehat tetapi juga membantu kita mengembalikan tenaga, meningkatkan sistem keimunan tubuh, membolehkan badan membaiki tisu dan membantu otak mengatur dan menyimpan memori. Malangnya, semakin banyak orang menghadapi masalah insomnia.

Apa itu insomnia?
Insomnia adalah gangguan tidur yang paling umum. Tanda-tanda insomnia termasuklah sukar tidur, tidur terlalu ringan atau bangun  pada waktu tengah malam dan tidak dapat tidur selepas itu.


Apa yang menyebabkan insomnia?
Punca insomnia adalah berbeza-beza bagi setiap orang, antaranya termasuk:

Faktor psikologi
Kebanyakan orang menghadapi insomnia akibat peristiwa tekanan hidup seperti peperiksaan, menepati tarikh akhir kerja/projek, pekerjaan baru, kematian orang yang dicintai atau konflik antara perorangan. Kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar biasanya berkaitan dengan  insomnia dan memerlukan rawatan perubatan.

Faktor fisiologi
Faktor perubatan yang menyebabkan kesakitan dan boleh menggangu tidur seperti  gout, artritis, sakit belakang, sakit kepala, kanser dan sebagainya. 

Punca lain:
Persekitaran tidur yang kurang sempurna seperti katil yang kurang selesa, suhu ekstrim di bilik tidur serta keadaan terlalu bising dan terang. Seseorang yang berkongsi bilik dan berdengkur  juga boleh mempengaruhi tidur anda.

Kesan insomnia terhadap kesihatan:
·           Kepenatan, kelesuan, dan kurang motivasi
·           Kemurungan dan mudah tersinggung
·           Kegagalan untuk mengatasi tekanan
·           Kekurangan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah
·           Konsentrasi dan memori yang kurang baik
·           Sistem imun lemah - sering sakit

Tips untuk tidur dengan nyenyak
·           Tidur pada waktu yang sama setiap malam.
·           Jika anda perlu tidur pada waktu siang, lakukannya pada waktu petang dan elakkan lebih  daripada  30 minit.
·           Pastikan bilik tidur anda cukup senyap dan gelap untuk memudahkan tidur.
·           Pastikan tempat tidur anda selesa.
·           Lakukan senaman selalu, sebaiknya pada waktu pagi.
·           Jauhi kafein, nikotin dan alkohol sekurang-kurangnya 4-6 jam sebelum tidur.
·           Elakkan aktiviti yang merangsangkan fikiran seperti bermain permainan komputer dan menonton filem aksi sebelum tidur.


Produk Forever Yang Boleh Membantu :

Insomnia  klinikal memerlukan rawatan daripada professional perubatan dan kaunseling. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mempercepat pemulihannya.

Aloe Vera Gel

·           Mengandungi gel aloe vera berkhasiat yang distabilkan 100% dan  merupakan pilihan utama untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan dan keimunan.
·           Membantu meningkatkan bioavailabiliti nutrien kepada sel dan meningkatkan metabolisme tenaga.
·           Mengawalatur fungsi fisiologi dan boleh membantu tidur dan emosi.


Forever Aloe Blossom Herbal Tea

·           Mengandungi bunga aloe dengan herba yang terpilih seperti Kayu Manis, Halia, Cengkil, Lada Manis, Cardamom, Kamomil dan Kulit Oren.
·           Boleh membantu menenangkan fikiran, perasaan tertekan dan tidur dengan baik.
·           Herbal teh yang rendah kalori, berkhasiat dan tidak mengandungi kafein.


Nature Min

·           Membekalkan gabungan mineral yang seimbang untuk penyerapan maksimum. Nature Min mengandungi 11 jenis mineral yang diperlukan untuk tubuh seperti Kalsium, Fosforus, Magnesium, Zat besi, Zink, Iodin, Selenium, Kuprum, Mangan, Vanadium  dan Molibdenum  
·           Mineral seperti Kalsium, Magnesium, Zink, Selenium boleh membantu memenangkan emosi dan membantu tidur.


Forever Royal Jelly

·           Kaya dengan Vitamin B kompleks , Asetilkolina dan Inositol boleh membantu mengawalatur sistem saraf dan mengurangkan tekanan.





View the Original article

1 komentar:

  1. All thanks to this great herbal doctor who cured me from (LUPUS DISEASE) his name is dr imoloa.  I suffered lupus disease for over 8 years with pains like: joints, Skin rash,  Pain in the chest,  swollen joints and many more.  The anti-inflammatory drugs couldn’t cure me, until I read about his recommendation. 2 months ago, I contacted him through his email address. drimolaherbalmademedicine@gmail.com . and he sent me the herbal treatment through DHL courier service and he instructed me on how to drink it for good two weeks. after then,  And I was confirmed cured and free at the hospital after taken his powerful herbal medications You too can be cured with it if interested, he also uses his powerful herbal healing medicine to cure disease like: parkison disease, vaginal cancer, epilepsy,  Anxiety Disorders, Autoimmune Disease,  Back Pain,  Back Sprain,   Bipolar Disorder,  Brain Tumour,  Malignant,  Bruxism, Bulimia,  Cervical Disk Disease, cardiovascular disease, Neoplasms,  chronic respiratory disease,  mental and behavioural disorder,  Cystic  Fibrosis,  Hypertension, Diabetes, asthma,  Inflammatory autoimmune-mediated arthritis.  chronic kidney disease, inflammatory joint disease, back pain,  impotence,  feta  alcohol spectrum,  Dysthymic Disorder,   Eczema, skin cancer,  tuberculosis,  Chronic Fatigue Syndrome, constipation, inflammatory bowel  disease, bone cancer, lungs cancer,  mouth ulcer,  mouth cancer, body pain, fever, hepatitis A.B.C.,   syphilis,  diarrhea,  HIV/AIDS,  Huntington's Disease,  back acne,  Chronic renal failure,   addison disease,  Chronic Pain,   Crohn's  Disease,   Cystic Fibrosis,  Fibromyalgia,   Inflammatory Bowel Disease,  fungal  nail disease, Lyme Disease, Celia disease, Lymphoma, Major  Depression,  Malignant Melanoma,   Mania,  Melorheostosis,   Meniere's  Disease,  Mucopolysaccharidosis , Multiple Sclerosis,  Muscular  Dystrophy,  Rheumatoid Arthritis, Alzheimer's Disease      Contacts him today  and get permanently cure. contact him via... email- drimolaherbalmademedicine@gmail.com  /whatssapp-+2347081986098.
    website-www drimolaherbalmademedicine.wordpress.com

    BalasHapus